Dasar Pertukaran Jam Azan

Dasar Pertukaran

Dasar Pertukaran

Kami akan membuat penukaran jam azan berdasarkan perkara berikut:

a.  Penghantaran produk yang salah, saiz atau warna dan produk yang tidak berfungsi dengan baik.

b.  Tuntutan untuk pertukaran jam azan hendaklah dibuat dalam tempoh waranti jam.

c. Penghantaran boleh dibuat melalui apa-apa jenis kurier servis atau kami akan meminta kurier servis ambil barang (Servis Pickup) di rumah anda, sila rujuk caranya di bawah ini nanti.

d. Kos penghantaran semula jam azan dari pihak pelanggan kepada kami akan ditanggung sepenuhnya untuk kali pertama sahaja untuk jam jenama PTime manakala untuk jam Iman , kami akan membayar separuh dari kos penghantaran pelanggan untuk kali pertama sahaja. Kos penghantaran untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya tidak akan diganti semula.

Sila ambil perhatian bahawa JamAzan.com tidak akan membuat sebarang pulangan wang untuk pembelian jam azan, hanya penukaran jam azan sahaja dibenarkan.

Servis Pickup ( Kurier ambil jam azan di rumah anda)

1. Kami akan whatsapp atau email anda dokumen untuk di cetak ( print ) , hanya 1 helain kertas A4 diperlukan. Jika tiada printer  ,boleh print di kedai komputer atau gunakan printer saudara mara / kawan.

2. Pack jam dengan baik, dan lekat helaian yang dicetak tersebut pada kotak. ( Panduan lengkap akan diperincikan dalam whatsapp bersama anda nanti )

3. Kami akan meminta Pos Laju datang ke rumah anda, anda hanya perlu standby di rumah.

Terima kasih