Terma & Syarat Pembelian

Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk JamAzan.com kami. Selepas anda membeli, bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat tanpa paksaan mana-mana pihak.

(1) Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan untuk pertukaran / pembaikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti produk rosak semasa proses penghantaran atau sebaik sahaja anda menerima jam dari pihak kurier servis. Pastikan anda menghantar gambar / video aduan kerosakan kepada kami dalam tempoh 1 minggu selepas menerima barang untuk semakan.

(2) Selepas pembelian dibuat, tiada jaminan wang akan dipulangkan. Hanya pertukaran / pembaikan sahaja boleh dibuat seperti yang disebut dalam perkara (1).

(3) Semua urus niaga di Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja.

(4) Jika membeli secara online , pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.

(5) Sila sertakan bukti pembelian untuk pembayaran secara manual samada upload melalui borang atau hantar melalui whatsapp . Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24 jam. sekiranya tiada sebarang maklum balas, sila hubungi Ejen yang anda berurusan.

(6) Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat. Wang tidak akan dikembalikan kecuali dengan sebab-sebab tertentu yang akan dipertimbangkan mengikut budi bicara pihak kami.

(7) Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik dan diuji sebelum dipos oleh pihak kami.

(8) Penghantaran melalui kurier servis biasanya mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia) dan 3 hingga 5 hari bekerja bagi Sabah / Sarawak. Penghantaran boleh menjadi lebih lama sekiranya terdapat masalah pada pihak kurier servis. Anda dikehendaki menghubungi pihak kurier servis untuk mendapatkan kemaskini mengenai penghantaran barang anda. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama. Walaubagaimana pun kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah dibuat.

(9) Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat pembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kami samada (Mengikut susunan) :

a) Memilih produk yang sama nilai dan sama jenis spesifikasi / design / corak

b) Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru

c) Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai Stokis atau Ejen, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan seperti yang disebut dalam perkara (6).

(10) Sila pastikan alamat penghantaran yang diberikan adalah wujud dan sah serta ada individu yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat perkhidmatan kurier yang berkaitan.

(11) Jika didapati barang dikembalikan kepada kami semula kerana anda tiada dilokasi alamat penghantaran yang diberikan atau anda tidak menuntut barang di pejabat perkhidmatan kurier mengikut tempoh, untuk penghantaran semula anda perlu membayar caj penghantaran disebabkan atas kecuaian anda.

(12) Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula kepada anda sama ada dalam parcel atau transfer ke akaun secara online .

(13) Bagi Cash On Delivery (COD) dan pembelian di pejabat urusan kami, temujanji hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam bagi mengelakkan sebarang permasalahan dan hanya lokasi terpilih sahaja dibenarkan. Sila hubungi kami untuk perbincangan terlebih dahulu.

(14) Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti renjatan elektrik, kematian dan kecederaan yang berpunca dari produk kami.

(15) Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika anda dapati produk yang dibeli tidak berkesan terhadap mental, emosi dan spiritual, iaitu jiwa serta rohani. Kemungkinan produk tersebut tidak sesuai untuk anda.

(16) Kami menggunakan 4 jenis kurier servis iaitu  PosLaju ,  CityLink Express , Nationwide Express & Skynet Express . Kami berhak memilih mana-mana kurier servis yang sesuai dengan alamat penghantaran anda. Kami juga berhak memilih mana-mana kurier servis selain dari 4 kurier di atas atas faktor-faktor tertentu.

(17) Kos penghantaran adalah seperti yang dinyatakan dalam info produk di laman web kami dan perbincangan antara anda dan staff kami.

(18) Segala maklumat anda akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang sebagai rujukan dan tidak akan diberikan kepada pihak ketiga dan ianya dianggap sulit dan rahsia.

Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

© Copyright 2012 | Jamazan.com